Kebudayaan China
Kebudayaan Cina (Bahasa Cina: 中國文化) ialah
penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi
sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang
penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan wilayah.
Kebudayaan Cina ialah istilah umum
yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di kalangan kawasan berbahasa Cina di
luar Tanah Besar
China.
Orang dalam budaya
Identiti
Di China wujudnya banyak kelompok etnik. Dari segi
perangkaan pula, kelompok etnik yang terbesar ialah bangsa Han.
dalam sejarah, banyak kelompok telah berasimilasi dengan etnik lain atau lenyap
tanpa meninggalkan kesan. Pada masa yang sama, ramai dalam identiti Han telah
memelihara tradisi bahasa dan budaya setempat yang berbeza-beza. Istilah Zhonghua Minzu digunakan untuk
menghuraikan anggapan nasionalisme China secara am.
Kebanyakan identiti kebudayaan tradisional dalam lingkungan komuniti mesti
berkaitan dengan membezakan nama keluarga.
Setempat
Budaya Cina tradisional meliputi kawasan geografi yang amat luas, setiap
rantau biasanya dibahagi kepada subbudaya yang berbeza-beza. Berikut adalah
kelainan-kelainannya:- Kawasan lembangan Sungai
Kuning termasuk Henan, Shanxi, Shaanxi, Hebei dan Shandong
- Kawasan lembangan Sungai
Yangtze termasuk Sichuan, Yunnan, Guizhou, Hunan, Hubei, Jiangxi, Anhui, Zhejiang dan Jiangsu.
Masyarakat
Perincian
emas pada sebuah tahta digunakan oleh Maharaja
Qianlong. Naga
Cina adalah sebuah tanda ditempah untuk Maharaja
China atau keluarga kemaharajaan pangkat tinggi sewaktu Dinasti
Qing
Struktur
Sejak zaman Tiga Tokoh Murni dan
Lima Maharaja, seseorang raja China pernah menjadi pemerintah
terhadap segalanya. Zaman-zaman berbeza dalam sejarah menetapkan nama-nama
berbeza untuk pelbagai kedudukan dalam masyarakat. secara konsepsi, setiap
zaman maharaja atau feudal amat serupa, yang mana pegawai kerajaan dan tentera
berpangka tinggi dalam hierarki, sementara penduduk-penduduk
lain pula di bawah undang-undang China biasa.[1]
Sejak akhir Dinasti Zho (1046–256 BCE), masyarakat
China tradisional disusun menjadi sistem hierarki golongan socio-ekonomi yang
dikenali sebagai empat pekerjaan. Bagaimanapun, sistem
ini tidak meliputi semua golongan sosial sementara pembezaan antara semua
golongan menjadi kabur sejak pengkomersialan masyarakat China pada Dinasti
Song (960–1279 CE). Pendidikan China Kuno
juga panjang sejarahnya; sejak Dinasti Sui
(581–618 CE) calon-calon berpendidikan membuat persediaan untuk peperiksaan diraja yang mengerah
lulusan peperiksaan ke dalam kerajaan sebagai birokrat sarjana. Kemahiran dagangan
dan kraf biasanya diajar oleh sifu. Sejarawan wanita Ban Zhao mengarang Pengajaran untuk Wanita pada Dinasti Han
dan menggariskan empat nilai yang harus dituruti kaum wanita, sementara
sarjana-sarjana seperti Zhu Xi dan Cheng Yi turut mengembangkan
nilai-nilai ini. Perkahwinan Cina dan amalan seks Tao adalah antara
adat-istiadat yang dijumpai dalam masyarakat.
Nilai-nilai
Kebanyakan nilai sosial diterbitkan dari Konfusianisme
dan Taoisme
dengan kombinasi konservatisme. Perkara mengenai fahaman mana paling
berpengaruh selalu menjadi bahan perdebatan kerana timbulnya banyak konsep
seperti Neo-Konfusianisme, agama Buddha dan banyak lagi. Penjelmaan dan konsep-konsep kelahiran
semula lain ialah satu peringatan akan hubungan antara hidup sebenar dan
alam seterusnya.Bahasa
Seni
khat Cina yang dikarang oleh penyajak bernama Mi Fu pada Dinasti
Song (1051-1108 CE)
Rencana utama: Bahasa Cina
Bahasa Cina lisan terdiri daripada
sebilangan dialek Cina sepanjang sejarah. Ketika Dinasti
Ming, bahasa Mandarin baku dinasionalkan. Sengguhpun
begitu, barulah ketika zaman Republik
China pada awal abad ke-20 apabila kelihatan apa-apa hasil yang nyata dalam
memupuk satu bahasa seragam di China.Pada zaman kuno, bahasa Cina Klasik menjadi standard penulisan selama beribu-ribu tahun, tetapi banyak terhad kepada golongan sarjana dan cendekiawana. Menjelang abad ke-20, jutaan rakyat, termasuk yang di luar kerabat diraja buta huruf[1]. Hanya selepas Gerakan 4 Mei baru bermulanya usaha beralih ke bahasa Cina Vernakular yang membolehkan rakyat biasa membaca kerana dirangka berasaskan linguistik dan fonologi bagi suatu bahasa lisan.
Mitos dan kerohanian
Luohan, salah satu tokoh kerohanian yang
dikongso oleh budaya Cina dan India merentasi pelbagai mazhab agama
Buddha
Rencana utama: Mitos Cina
Sebahagian besar budaya Cina berasaskan tanggapan bahawa wujudnya sebuah
dunia roh. Berbagai-bagai kaedah penelahan telah membantu menjawab soalan,
dan dijadikan pun alternatif kepada ubat. Budaya rakyat telah membantu
mengisi kekosongan untuk segala hal yang tiada penjelasannya. Kaitan antara
mitos, agama dan fenomena yang aneh memang rapat sekali. Dewa-dewi menjadi
sebahagian tradisi, antara yang terpenting termasuk Guan Yin, Maharaja
Jed dan Budai. Kebanyakan kisah-kisah ini telah
berevolusi menjadi perayaan tradisional Cina.
Konsep-konsep lain pula diperluas ke luar mitos menjadi lambang kerohanian
seperti dewa pintu dan singa penjaga. Di samping
yang suci, turut dipercayai yang jahat. Amalan-amalan seperti menghalau mogwai dan jiang shi
dengan pedang kayu pic dalam Taoisme adalah antara konsep yang diamalkan secara
turun-temurun. Upacara penilikan nasibCina masih
diamalkan pada hari ini selepas bertahun-tahun mengalami perubahan.Tarian Tradisional Cina
Tarian Singa
Tarian Singa (bahasa Cina:舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah tarian singa
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Tarian naga
Tarian naga(Cina: 舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: 龍的傳人, Cina Ringkas: 龙的传人, pinyin: lóng de chuán rén) sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina