Kebudayaan China
Kebudayaan Cina (
Bahasa Cina:
中國文化) ialah
penempatan kepada salah satu
tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi
sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang
penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan
wilayah.
Kebudayaan Cina ialah istilah umum
yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di kalangan kawasan berbahasa Cina di
luar
Tanah Besar
China.
Orang
dalam budaya
Identiti
Di China wujudnya banyak
kelompok etnik. Dari segi
perangkaan pula, kelompok etnik yang terbesar ialah
bangsa Han.
dalam sejarah, banyak kelompok telah berasimilasi dengan etnik lain atau lenyap
tanpa meninggalkan kesan. Pada masa yang sama, ramai dalam identiti Han telah
memelihara tradisi bahasa dan budaya setempat yang berbeza-beza. Istilah
Zhonghua Minzu digunakan untuk
menghuraikan anggapan
nasionalisme China secara am.
Kebanyakan identiti kebudayaan tradisional dalam lingkungan komuniti mesti
berkaitan dengan membezakan
nama keluarga.
Setempat
Budaya Cina tradisional meliputi kawasan geografi yang amat luas, setiap
rantau biasanya dibahagi kepada subbudaya yang berbeza-beza. Berikut adalah
kelainan-kelainannya:
- Kawasan lembangan Sungai
Kuning termasuk Henan, Shanxi, Shaanxi, Hebei dan Shandong
- Kawasan lembangan Sungai
Yangtze termasuk Sichuan, Yunnan, Guizhou, Hunan, Hubei, Jiangxi, Anhui, Zhejiang dan Jiangsu.
Masyarakat
Struktur
Sejak zaman
Tiga Tokoh Murni dan
Lima Maharaja, seseorang
raja China pernah menjadi pemerintah
terhadap segalanya. Zaman-zaman berbeza dalam sejarah menetapkan nama-nama
berbeza untuk pelbagai kedudukan dalam masyarakat. secara konsepsi, setiap
zaman maharaja atau feudal amat serupa, yang mana pegawai kerajaan dan tentera
berpangka tinggi dalam
hierarki, sementara penduduk-penduduk
lain pula di bawah
undang-undang China biasa.
[1]
Sejak akhir
Dinasti Zho (1046–256 BCE), masyarakat
China tradisional disusun menjadi sistem hierarki golongan socio-ekonomi yang
dikenali sebagai
empat pekerjaan. Bagaimanapun, sistem
ini tidak meliputi semua golongan sosial sementara pembezaan antara semua
golongan menjadi kabur sejak
pengkomersialan masyarakat China pada
Dinasti
Song (960–1279 CE).
Pendidikan China Kuno
juga panjang sejarahnya; sejak
Dinasti Sui
(581–618 CE) calon-calon berpendidikan membuat persediaan untuk
peperiksaan diraja yang mengerah
lulusan peperiksaan ke dalam kerajaan sebagai
birokrat sarjana. Kemahiran dagangan
dan kraf biasanya diajar oleh
sifu. Sejarawan wanita
Ban Zhao mengarang
Pengajaran untuk Wanita pada
Dinasti Han
dan menggariskan empat nilai yang harus dituruti kaum wanita, sementara
sarjana-sarjana seperti
Zhu Xi dan
Cheng Yi turut mengembangkan
nilai-nilai ini.
Perkahwinan Cina dan
amalan seks Tao adalah antara
adat-istiadat yang dijumpai dalam masyarakat.
Nilai-nilai
Kebanyakan nilai sosial diterbitkan dari
Konfusianisme
dan
Taoisme
dengan kombinasi
konservatisme. Perkara mengenai fahaman mana paling
berpengaruh selalu menjadi bahan perdebatan kerana timbulnya banyak konsep
seperti
Neo-Konfusianisme,
agama Buddha dan banyak lagi.
Penjelmaan dan konsep-konsep
kelahiran
semula lain ialah satu peringatan akan hubungan antara hidup sebenar dan
alam seterusnya.
Bahasa
Bahasa Cina lisan terdiri daripada
sebilangan
dialek Cina sepanjang sejarah. Ketika
Dinasti
Ming,
bahasa Mandarin baku dinasionalkan. Sengguhpun
begitu, barulah ketika zaman
Republik
China pada awal abad ke-20 apabila kelihatan apa-apa hasil yang nyata dalam
memupuk satu
bahasa seragam di China.
Pada zaman kuno,
bahasa Cina Klasik menjadi standard penulisan
selama beribu-ribu tahun, tetapi banyak terhad kepada golongan sarjana dan
cendekiawana. Menjelang abad ke-20, jutaan rakyat, termasuk yang di luar
kerabat diraja
buta huruf[1].
Hanya selepas
Gerakan 4 Mei baru bermulanya usaha
beralih ke
bahasa Cina Vernakular yang membolehkan
rakyat biasa membaca kerana dirangka berasaskan linguistik dan fonologi bagi
suatu
bahasa lisan.
Mitos dan kerohanian
Luohan, salah satu tokoh kerohanian yang
dikongso oleh budaya Cina dan India merentasi pelbagai mazhab agama
Buddha
Sebahagian besar budaya Cina berasaskan tanggapan bahawa wujudnya sebuah
dunia roh. Berbagai-bagai kaedah
penelahan telah membantu menjawab soalan,
dan dijadikan pun alternatif kepada ubat.
Budaya rakyat telah membantu
mengisi kekosongan untuk segala hal yang tiada penjelasannya. Kaitan antara
mitos, agama dan fenomena yang aneh memang rapat sekali.
Dewa-dewi menjadi
sebahagian tradisi, antara yang terpenting termasuk
Guan Yin,
Maharaja
Jed dan
Budai. Kebanyakan kisah-kisah ini telah
berevolusi menjadi
perayaan tradisional Cina.
Konsep-konsep lain pula diperluas ke luar mitos menjadi lambang kerohanian
seperti
dewa pintu dan singa penjaga. Di samping
yang suci, turut dipercayai yang jahat. Amalan-amalan seperti
menghalau mogwai dan
jiang shi
dengan pedang kayu pic dalam
Taoisme adalah antara konsep yang diamalkan secara
turun-temurun. Upacara
penilikan nasibCina masih
diamalkan pada hari ini selepas bertahun-tahun mengalami perubahan.
Tarian Tradisional Cina
Tarian Singa
Tarian Singa (bahasa Cina:
舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian
tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan
oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan
kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum
singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah tarian singa
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat
di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara
tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih
terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih
1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa
Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan
tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah,
jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah
lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini
selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan
upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan
kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan
mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Tarian naga
Tarian naga(Cina:
舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk tarian dan persembahan
tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering
dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan
Naga" (Cina Tradisional:
龍的傳人, Cina Ringkas:
龙的传人, pinyin: lóng de chuán rén) sebagai
lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.
Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib
buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa
mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang
dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" —
iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat,
mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri
animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk
mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang
dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan
beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya
melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian
naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han
Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu
terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu
menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah
baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum
naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan
berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan
tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi
daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna:
hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna
ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari
ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China
bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah
menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab
kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps
hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi
kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina